Friday, March 20, 2009

Premium Beautiful - CARA PENJAGAAN / JAMINAN

Panduan Mencuci
  1. Dilarang menggunakan mesin basuh, pakaian akan rosak dan menjejaskan fungsi F.I.R yang terdapat pada produk.
  2. Rendam pakaian ke dalam air, setelah syampu atau losyen larut sepenuhnya
  3. Cuci menggunakan tangan pada suhu air yang rendah iaitu sekitar 30 darjah Celsius
  4. Mencuci bahagian kotor atau bahagian berpeluh dengan menggosok atau mengurut perlahan-lahan dengan tangan
  5. Biasanya, bahagian pinggul lebih kotor gosok menggunakan tangan semasa mencuci untuk mengelakkan kerosakan

Panduan Menjemur
  1. Penjemuran dilakukan dengan menterbalikkan bahagian dalam ke luar dan betulkan bentuk serta ratakan kedutan-kedutan yang wujud
  2. Jemur sebaik sahaja selesai membasuh untuk mengelakkan kedutan
  3. Jemur di tempat udara mengalir
  4. Jangan jemur di bawah sinaran matahari atau udara panas (ini akan menjejas kualiti kain dan menyebabkan warna menjadi pudar)

Beberapa Larangan Penting!
  1. Dilarang menggunakan syampu atau losyen beralkali tinggi
  2. Dilarang menjemur pakaian dibawah sinaran cahaya matahari
  3. Dilarang menggunakan seterika
  4. Dilarang menggunakan mesin basuh
  5. Dilarang memerah pakaian untuk tujuan mengeringkan air

Jaminan Terhadap Produk

Kami akan membuat proses membaik pulih percuma sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada produk Premium Beautiful contohnya seperti fabrik koyak, cangkuk yang tercabut atau batang keluli penyelarasan patah

Thursday, March 19, 2009

Premium Beautiful - LONG GIRDLE

Pakaian dalam pembentukan kontur bentuk badan Berteknologi Tinggi FAR INFRARED RAYS (FIR), AKWATEK dan AKWADYE untuk Kesihatan, Kecantikan dan Keyakinan.

SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PINGGUL -LONG GIRDLE
mengempiskan perut yang buncit dan membentuk kontur pinggul agar lebih menarik dan montok

  1. 32 keping jahitan stereoskopik, berdasarkan teori mampatan berserpihan, mengagihkan lebihan lemak ke arah bahagian badan yang bersesuaian.
  2. Rekaan dan jahitan unggul cawan pinggul dapat membetulkan pinggul yang lentur, membentuk kontur pinggul yang mempersona dan meninggikan pinggul.
  3. Mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna.
  4. Dilengkapi dengan kain jenis kapas yang selesa pada bahagian dalam pinggang seluar dapat memperbaiki dan membentuk kontur pinggang yang mempersona.
  5. Mampatan yang tetap keatas abdomen dapat mengurangkan lebihan lemak lalu memperbaiki masalah perut buncit.
  6. Rekaan mampatan 2 lapisan berfungsi menyelaraskan lemak pada persekitaran peha, membentuk kontur peha yang menarik.
  7. Penggunaan 2 lapisan kain kapas berlubang kecil berfungsi untuk memberi keselesaan.
  8. Penggunaan renda yang fleksibel, mengelakkan perasaan tidak menyenangkan akibat pergeseran dengan benang seluar.
  9. Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.

Premium Beautiful - WAIST NIPPER

Pakaian dalam pembentukan kontur bentuk badan Berteknologi Tinggi FAR INFRARED RAYS (FIR), AKWATEK dan AKWADYE untuk Kesihatan, Kecantikan dan Keyakinan.

SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PINGGANG -WAIST NIPPER
melangsing dan membentuk kontur pinggang agar kelihatan lebih ramping

  1. Tujuh batang keluli memori dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra, turut berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk.
  2. Rekaan unik berdasarkan potongan rangka badan manusia, mempergiatkan pengagihan lemak ke bahagian dada dan punggung secara serata, turut mencapai kesan pembentukan badan yang seimbang.
  3. Tali kenyal yang diimport dari Jepun, membantu menyelaraskan kontur pinggang.
  4. Rekaan secara fleksibel, menghasilkan kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan
    individu.
  5. Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.
  6. Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.

Premium Beautiful - LONG BRASSIERE

Pakaian dalam pembentukan kontur bentuk badan Berteknologi Tinggi FAR INFRARED RAYS (FIR), AKWATEK dan AKWADYE untuk Kesihatan, Kecantikan dan Keyakinan.

SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PAYUDARA -LONG BRASSIERE
melangsingkan badan dan membentuk payu dara yang mempesona

  1. Cawan coli dengan 3 keping jahitan stereoskopik dapat menolak atas, menyokong dan menetapkan kedudukan buah dada.
  2. Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong buah dada.
  3. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan coil dapat menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan kedudukan kontur buah dada.
  4. 2 batang keluli berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan.
  5. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang coli dapat menutupi bahagian belakang badan, dapat menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang , turut mengatasi masalah berbadan besar.
  6. Rekaan bentuk ' U ' pada bahagian belakang coli bukan sahaja dapat
    menguruskan badan, malahan menambah kontur bahagian belakang.
  7. Perhiasan berlian berbentuk rama - rama menonjolkan keunggulan produk.
  8. Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.

Premium Beautiful

Pakaian dalam pembentukan kontur bentuk badan Berteknologi Tinggi FAR INFRARED RAYS (FIR), AKWATEK dan AKWADYE untuk Kesihatan, Kecantikan dan Keyakinan.

Pakaian dalam ini terbahagi kepada 3 siri:

SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PAYUDARA -LONG BRASSIERE
melangsingkan badan dan membentuk payu dara yang mempesona.

SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PINGGANG -WAIST NIPPER
melangsing dan membentuk kontur pinggang agar kelihatan lebih ramping.

SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PINGGUL -LONG GIRDLE
mengempiskan perut yang buncit dan membentuk kontur pinggul agar lebih menarik dan montok.

PREMIUM BEAUTIFUL direkacipta dengan mengambil kira struktur susuk badan wanita secara terperinci.

  1. Cup ini membentuk piramid dimana ia dapat menampung payudara agar tidak jatuh, puting
    payu dara dalam kedudukan yang betul dan tidak masuk kedalam. ( untuk mengelak kanser payudara dan mencerahkan pigmen puting agar kelihatan segar)

  2. Menghalang lelemak mengalir ke bahagian belakang

  3. Menguatkan rahim, mengemaskan bahagian perut, serta menghilangkan kesan rekahan pada kulit (stretch-mark)

  4. Bahagian ini tidak menekan ovari. Ini dapat memberi keseimbangan hormon ‘estrogen’ dan
    ‘postrogen’.

  5. Mengelak daripada masalah gastrik dan ulser

  6. Lace ‘Cup’ mempunyai keanjalan untuk mengelakkan payudara dari melimpah keluar.

  7. Memecah lelemak pada bahagian atas perut.

  8. Lubang angin mengawak keputihan, pengaliran darah, dan udara, untuk menghilangkan
    kesan bau pada wanita.

  9. Kedudukan bentuk tali tidak mudah jatuh

  10. Lapisan tenunan bahagian belakang terbahagi kepada dua lapisan yang mengawal lapisan
    lemak yang telah kehadapan tidak kebelakang semula

  11. ‘Love Shape’ nipies untuk membentuk pinggul yang menarik dan mengukuhkan kedudukan
    pinggul

  12. Bahagian ini dapat menampung dengan kuat supaya tidak jatuh dan mengelak
    lelemak dari mengalir ke bawah

  13. Tetulang-tetulang ini berfungsi untuk mengatasi masalah tulang belakang seperti bongkok, ’slip disk’, sakit pinggang, dan pengaliran darah. Suntikan ‘Far Infrared Rays’ (FIR) paling banyak dalam tulang bengkung tersebut. Khas untuk ibu ibu selepas bersalin dalam pantang mengelak serta menghilang kerekahan kulit perut dan mengempis perut serta pinggang dengan cepat dan
    berkesan

  14. Tali ini kegunaannya untuk mengemas dan merampingkan pinggang. Cara pengunaannya, tarik
    nafas sebelum menarik tali tersebut.

  15. IMPIAN WANITA : Mengapa PREMIUM BEAUTIFUL?

    KESIHATAN, KECANTIKAN DAN KEYAKINAN

  • Pembentukan dan mengekalkan kontur bentuk badan secara fizikal.

  • Membantu menghindari, merawat dan memulihkan kualiti kesihatan dalam bentuk Rawatan Alternatif ( Terapi Berbentuk FIR ).

  • Membentuk semula, memulih dan meningkatkan tahap keberkesanan dan keharmonian hubungan suami isteri.

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN PREMIUM BEAUTIFUL

  • Memberi kesan serta-merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan atau senaman.

  • Di perbuat daripada fabrik AKWATEK dan AKWADYE yang di sebati dengan air. Kadar penyerapan peluh dan peredaran udara dengan baik, selesa dan tidak terikat semasa
    memakainya.

  • Direka secara saintifik untuk mendakap, mengurut dan membentuk badan anda ke potongan badan yang anda idamkan.

  • Halus dan selesa pada kulit anda.

  • Fabriknya nyaman dan alih udara.

  • Sesuai di pakai sepanjang hari, keberkesanan yang maksimum.

  • Ditenun dan di sulam dengan "Far Infrared Rays"

  • Ia di iktiraf oleh Persatuan Pakar Tulang Belakang di Amerika Syarikat, Kanada dan Queubec.

16 Keistimewaan Sinar Infra Merah Jarak Jauh (F.I.R)

  1. Memperbetulkan perjalanan darah dalam tubuh

  2. Meningkatkan kadar metabolisma

  3. Memperbetulkan dan memulihkan sistem pernafasan

  4. Mengelakkan pertumbuhan bakteria

  5. Mengeluarkan peluh asid

  6. Menggalakkan tumbesaran lebih teratur

  7. Mengekalkan kesegaran badan

  8. Mengurangkan kandungan asid dalam darah

  9. Menghilangkan kesakitan pada tubuh badan atau tempat yang sakit

  10. Tidur dengan lebih nyenyak

  11. Menghilangkan bau badan

  12. Membantu menghilangkan kulat dan fungus

  13. Membantu membersihkan udara dalam badan

  14. Mengekalkan kepanasan suhu badan

  15. Membetulkan sistem urat saraf dalam badan secara automatik

  16. Membantu menghalang pembiakan sel kanser dalam badan

        Akwatek dan Akwadye unik

        1. Pencetus penyerapan yang baik dan mengalih kelembapan (air, bau, wap)

        2. Berubah mengikut keadaan iklim dan cuaca

        3. Penyejukan semulajadi dalam cuaca panas

        4. Memanaskan badan dengan selesa semasa cuaca sejuk

        5. Kuasa penyerapan toksid keluar dari tubuh badan

        Kelebihan kualiti kain “Premium Beautiful”

        1. Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisma.

        2. Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.

        3. Kuasa regangan ke semua hala, dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubah rekabentuk asalnya.

        4. Sinar infra merah jauh (Far Infra Red) yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan pertumbuhan buah dada.

        5. Penyerapan toksid dan asid terbukti apabila kita membalutkan buah yang masam atau rokok dalam tempoh 20 minit, maka buah tersebut akan menjadi kurang masam dan rokok pula
          akan menjadi tawar.

        Kepada yang berminat boleh sertai kami dan dapatkan Pendapatan Sampingan!
        • Anda ingin menambahkan pendapatan sama ada secara sambilan ataupun sepenuh masa dalam perniagaan jualan langsung bagi produk Premium Beautiful ini?Sertailah kami untuk peluang pendapatan yang lumayan!
        • Sebarang pertanyaan sila hubungi kami melalui e-mail atau di talian berikut:

        PhotobucketSatariah Abu Bakar 012-5300 561
        email : admin@asfshoppe.com
        online shop : http://www.asfshoppe.com/

        Untuk pesanan secara online sila layari http://www.asfshoppe.com/

        Wednesday, March 18, 2009

        Bahan2 dlm Li Khamsatun

        LI KHAMSATUN terdiri daripada madu lebah dan dua puluh (1 + 20) herba berkhasiat. Kesemua gabungan ini mempunyai dalil-dalil atau nas sama ada dari Al-Quran, Hadis Nabi saw dan pendapat Ulamak Perubatan Islam. Inilah satu gabungan yang sangat kuat dengan dalil-dalil atau nas yang Insya-Allah dapat menyembuhkan penyakit manusia. Dalam risalah yang kecil dan terhad ini, kami hanya terangkan secara ringkas khasiat 5 daripada 20 herba dalam gabungan produk LI KHAMSATUN.

        1. HINDIBA’ (
        هندباء ) - CICHORIUM INTYBUS
        Pokok Hindiba’ sangat terkenal sebagai herba yang sangat baik untuk kesihatan sejak zaman Yunani, zaman Pliny (A.D 23 - 79) Zaman Napoleon, Greek, Rom dan Mesir Purba (kerajaan Firaun). Setelah kedatangan Nabi Muhammad saw., Hindiba’ menjadi semakin terkenal kerana Baginda sendiri banyak meriwayatkan tentang hindiba’. Ulamak Perubatan Islam menyebut bahawa Hindiba’ dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit manusia dan ianya sesuai dimakan bersama madu lebah.

        Dalil-dalil kebaikan hindiba’
        Terlalu banyak dalil kebaikan hindiba’ di antaranya Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

        Maksudnya: Bersabda Rasulullah saw “Makanlah oleh kamu hindiba’ dengan cara kesemuanya bahagian pokok tersebut, sesungguhnya tidaklah sehelai daripada daun hindiba’ itu melainkan air dari syurga.

        Lihat: kitab (
        طب النبوى ) Ibnu Qayyim Al-Juziah, oleh Syuib Al-Arnaout, m.s 368. Kitab ( ) oleh Muhsin Aqil, m.s 20 Kitab ( طب الألمة ) oleh Al-Sayyid Abdullah Syubbir, m.s 244.

        Saidina Ali bin Abi Talib (kw) juga ada meriwayatkan tentang kebaikan hindiba’ yang maksudnya sama dengan apa yang diriwayatkan oleh Nabi Muhammad saw.

        Lihat: Kitab (
        طب الأمأمعلي ), oleh Muhsin Aqil, m.s 100, kitab ( طب الألمة ) m.s 245

        Kenyataan kebaikan hindiba’ oleh Ulamak Perubatan Islam yang terkenal di zaman silam iaitu Imam Ja’aar As-Sodiq r.h (83 - 148H) beliau mengatakan:

        عليك بالهندباء فانه يزيدفي الماء ويحسن الو جه

        Maksudnya: “Hendaklah kamu memakan hindiba’ kerana ianya dapat menyuburkan air mani dan mencantikkan muka” (mencantikkan muka dapat dimaksudkan sebagai awet muda).
        Lihat kitab (
        طب الأمام الصادق ), oleh Muhsin Aqil, m.s 125. Kitab ( طب الامام الرضا ), oleh Muhsin Aqil, m.s 312, Kitab ( طب الألمة ) m.s 245.
        Khasiat hindiba’ menurut Ibnu Sina (370 - 428 H), seorang Ulamak Perubatan Islam terkenal sejak dahulu sampai ke hari ini, beliau mengatakan:

        Terjemahannya: Berkata Ibnu Sina: Hindiba’ dapat membuka segala yang tersumbat di saluran makan (di usus) dan di dalam urat saraf. Mengubati penyakit mata, menghapuskan penyakit mata, menghapuskan penyakit peputihan di mata (selaput mata) dan menstabilkan denyutan jantung. Bermanfaat untuk penyakit kerongkongan, (kerongkongan, kemerahan kerongkong) dapat melegakan kahak, gelema serta memperbaiki usus-usus di perut. Hindiba’ merupakan penawar yang terpilih untuk mengatasi segala masalah kelemahan di perut. Lihat Lihat:Kitab ( القانونفي ألطب ) Ibnu Sina, oleh Said Al-Lahham, m.s 550.

        Khasiat Hindiba’ menurut Ulamak Perubatan Islam terkenal, IbnuQayyim Al-Juziyah (691 - 751H), dalam kitabnya (
        طب النبوى ) m.s 368, beliau mengatakan: Maksudnya, “Apabila dimakan maka Hindiba’ boleh melegakan luka-luka dalam perut, bermanfaat untuk segala yang tersekat di perut, penyakit kepanasan mata (masalah penyakit mata), menguatkan perut, membuka segala yang tersumbat di hati, bermanfaat untuk penyakit kepanasan dan kesejukan badan, membuka segala yang tersumbat di limpa, di urat-urat saraf, di saluran makanan (perut), membersihkan buah pinggang, membersihkan segala penyakit di dada, membersih (menghilangkan) kepanasan darah, penyakit kencing serta hindiba’ mempunyai kekuatan menghapuskan segala masalah keracunan badan (toksin).

        2. HABBATUS SAUDA’ (
        حبة السوداء ) - NIGELIA SATIVA
        Habbatus Sauda’ adalah jenis bijirin herba yang sangat terkenal khasiatnya dalam perubatan Islam, mempunyai dalil atau nas yang terlalu banyak dari Nabi SAW sendiri dan ulamak perubatan Islam, di antaranya sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda bersabda :

        Maksudnya: Daripada hadis Abi Salamah (r.d), bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda’ ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit melainkan mati”.

        Lihat: Kitab (
        طب النبوى ), m.s 273. Kitab ( ), m.s 110. Kitab ( طبالأمام الطادق ) m.s 194.

        Khasiat Habbatus Sauda’

        Ibnu Sina dalam Kitabnya Al-Qanun Fi Al-Tib (
        القانون في الطب ) m.s 856, mengatakan bahawa: Habbatus Sauda’ dapat melegakan angin dalam badan, masalah paru-paru, sakit kerongkongan, sakit kepala, buah pinggang, kencing, gastrik, menguatkan jantung, menghilangkan keletihan dan membuang keracunan badan (toksin).
        Begitu juga dengan pendapat Ulamak Perubatan Islam yang lain seperti Ibnu Al-Baithor dalam kitabnya Jamiah (
        جامعة ), Daud Al-Intoqi dalam Kitab Tazkirah (تذكرة ) dan lain-lain.

        3. BABUNAJ ( ) - MATRICARIA CHAMOMILLA

        Sejak zaman dahulu hingga kini masyarakat Arab dan Farsi menganggap pokok babunaj sebagai pokok herba yang sangat istimewa untuk mereka. Bunga Babunaj yang berwarna putih kekuningan sangat berkhasiat untuk mengubati berbagai-bagai penyakit.

        Di antara khasiat bunga Babunaj seperti mana yang disebut dalam kitab-kitab Perubatan Islam ialah dapat melawaskan kencing, mengubati kesakitan ketika haid, mengubati usus kecil dan besar, sistem penghadaman, gastrik, buang angin di badan, menghilangkan kepanasan di badan, sakit kepala, sakit-sakit sendi serta dapat memberi semangat dan tenaga kepada seseorang. Sila lihat: Kitab (
        القنونفى الطب ) Ibnu Sina, Jilid 1, m.s 473 - 474, Kitab (صيدلية العطار ) Ibnu Al-Baithor, m.s 89 - 90, kitab ( صيدلية الاعشاب ) Daud Al-Intoqi, m.s. 60 dan lain-lain kitab perubatan Islam.

        4. HULBAH (
        حلبة ) - TRIGONELLA FEONUM GRAECUM

        Hulbah adalah sejenis bijirin herba yang digunakan secara meluas dalam perubatan Islam sejak zaman dahulu kala lagi. Terdapat banyak riwayat tentang kebaikan hulbah sama ada dari Nabi SAW sendiri dan ulamak perubatan Islam, di antaranya:

        ويذكر عن القاسم بن عبد الرحمن انه قال : قال رسول الله أستشفوا بالحلبة

        Maksudnya: Disebut daripada Al-Qasim bin Abdul Rahman, dia berkata: telah bersabda Rasulullah (SAW), “Berubatlah kamu dengan Hulbah”.
        Lihat Kitab (
        طب النبوى ) m.s. 276, Kitab ( ) m.s. 53.

        Kebaikan hulbah menurut Ulamak Perubatan Islam, di antaranya ialah:

        لو علم الناس منالعها لآ شتروها بوزنها ذهبا

        Terjemahannya: “Seandainya manusia mengetahui manfaatnya hulbah, tentulah mereka akan membelinya dengan emas yang sama timbangannya”.

        Khasiat Hulbah

        Dalam kitab-kitab perubatan dinyatakan bahawa hulbah mengubati masalah kerongkong, kahak, sakit dada, lelah, melegakan pernafasan, menambahkan air mani, masalah usus, angin (gastrik) jantung, buah pinggang dan keracunan badan (toksin).

        Lihat: Kitab (
        القانون في الطب ) Ibnu Sina, m.s. 597 - 598. Kitab ( طب النبوى ) m.s 276 Kitab
        (
        صيدلية الا عشاب ) Daud Al-Intoqi oleh Muhsin Aqil, m.s 162 - 163. Kitab ( صيدلية العطار ) Ibnu Al-Baithor oleh Muhsin Aqil, m.s. 191 - 912.

        5. ZANJABIL (
        زنجبيل ) - ZINGIBER OFFICINALE

        Sudah menjadi amalan kebiasaan orang-orang Arab sejak zaman dahulu sehingga sekarang, mereka memasukkan zanjabil dalam minuman harian, teh, kopi susu dan madu kerana khasiatnya yang sangat banyak menurut perubatan Islam.

        Zanjabil adalah salah satu herba yang disebut dalam Al-Quran dalam surah Al-Insan (
        الأنسان ) ayat 17 (Demi menjaga kesucian Al-Quran ayat tidak ditulis). Maksudnya “Mereka dalam syurga itu diberi sejenis minuman yang dicampurnya dari zanjabil”.

        Khasiat Zanjabil

        Menurut kitab-kitab perubatan Islam, Zanjabil dapat mengatasi masalah kelemahan kesihatan seperti sakit dada, jantung, lelah, lemah paru-paru, angin dalam badan, mengubati darah, penghadaman, usus serta membuang keracunan badan. Lihat: Kitab (
        القانون في الطب ) Ibnu Sina m.s 558 - 559, Kitab ( طب النبوى ) m.s 293, Kitab ( صيدلية العطار ) m.s 293 - 294 Kitab ( صيدلية الا عشاب ) m.s 253.

        MADU LEBAH
        عسل / FOREST HONEY
        Madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu disebut dalam Al-Quran dan Hadis Nabi saw. Terdapat satu surah khas dalam Al-Quran tentang lebah iaitu Surah Al-Nahl pada ayat 68 - 69 (demi menjaga kesucian Al-Quran, ayat tidak ditulis)

        Maksudnya, "..............................dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit bagi manusia”. Ulamak perubatan Islam telah sepakat, mengatakan madu lebah sangat baik untuk kesihatan manusia, dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit, begitu juga ia diperakui oleh seluruh ahli perubatan barat dan timur.

        Kami memilih madu dari Republik Islam Iran kerana khasiatnya yang banyak disebabkan lebah di sana menghisap madu di pokok-pokok kurma, tin, zaitun, delima dan sebagainya yang mana kesemua buah-buahan ini disebut dalam Al-Quran dan Kitab-kitab perubatan Islam tentang khasiatnya yang banyak.

        KHASIAT LI KHAMSATUN

        Khasiat LI KHAMSATUN untuk kesihatan manusia terlalu banyak kerana ianya menggunakan madu lebah yang mana madu sendiri disepakati oleh Ulamak Perubatan Islam serta ahli perubatan barat dan timur dapat menyembuhkan berbagai penyakit manusia. Tambahan pula dalam LI KHAMSATUN ini terdapat dua puluh herba pilihan yang dinyatakan dalam kitab-kitab Perubatan Islam tentang khasiatnya yang sangat banyak. Di antara khasiat yang disebut di dalam kitab-kitab ialah mengubati masalah jantung, buah pinggang, paru-paru, masalah usus, sistem penghadaman, gastrik, angin dalam badan, menstabilkan darah, darah tinggi, menstabilkan suhu badan, sakit dada, kencing manis, masalah keletihan, nafsu makan, memberi tenaga kelamin, sakit-sakit sendi, urat saraf, masalah limpa, hempedu, awet muda, membuang keracunan badan (toksin), mengelak daripada terjadinya barah dan sebagainya untuk kesihatan manusia. Dapat dikatakan bahawa LI KHAMSATUN adalah perubatan semulajadi menggunakan sumber alam ciptaan Allah secara terus, tidak ada bahan kimia, perasa, pengawet, pewarna yang boleh membawa kesan sampingan yang buruk.

        RUJUKAN KITAB-KITAB PERUBATAN ISLAM

        CARA MENYEDIAKAN

        Campurkan kesemua serbuk herba ke dalam bekas madu digaul hingga sebati. Setelah dicampur, kaedah ini dapat bertahan sehingga 2 bulan. (Anda boleh campurkan sedikit demi sedikit dengan kadar 1 sudu madu (10gm) bersamaan dengan 1/4 sudu teh serbuk herba (1gm). Kaedah ini lebih tahan sehingga 1 tahun. Dimakan 1 sudu (10gm) 1 - 2 kali sehari (pagi dan malam).

        Untuk pesanan secara online sila layari www.asfshoppe.com

        Thursday, March 12, 2009

        Khal Tamar Plus

        PENYEMBUH PELBAGAI PENYAKIT KRONIK YANG DIGERUNI ZAMAN INI, DARAH TINGGI, KENCING MANIS, KOLESTEROL, OBESITI, JANTUNG, DLL.

        Segala pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya serta orang yang mengikuti mereka dengan baik sampai ke hari kiamat.

        Risalah ringkas KHAL TAMAR Plus ini adalah satu penyelidikan dari Khazanah Tamadun Perubatan Islam dalam Kitab-kitab perubatan Islam serta pengalaman penulis selama dua puluh tahun berhadapan bersama pesakit yang datang dengan pelbagai masalah penyakit dan kesihatan.

        APA ITU KHAL?

        KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

        KHAL yang dihasil dan dipasarkan oleh Perniagaan Qurba Sdn. Bhd. (PQSB) ini dibuat daripada buah tamar (kurma) menurut kaedah yang dicadangkan oleh Ulamak Perubatan Islam dalam kitab-kitab perubatan mereka.

        KHAL ini adalah satu bentuk minuman kesihatan badan, dicampur dengan madu lebah dari negara Islam Iran, dimakan bersama herba-herba penting bagi mencapai kesihatan dan penyembuhan yang maksimum.

        SEBAHAGIAN DARI HADIS NABI saw TENTANG KHAL

        Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.).
        Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab :

        “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”.

        (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)

        Perhatian : Dalam hadis sahih di atas,

        Rasulullah saw mengulangi sebanyak dua kali perkataan ( نعم الاءدام الحل ) Maksudnya (”Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”). Dalam kitab-kitab perubatan Islam, ulamak perubatan Islam menyebutkan bahawa pengulangan sebanyak dua kali oleh Nabi saw ini adalah satu penegasan dan kepentingan KHAL untuk kesihatan umatnya.

        Terjemahannya : Dalam Sunan Ibnu Majah, daripada Ummu Said (r.d) dari Nabi saw,

        “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL, Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL itu adalah makanan para nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.”
        (Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 3318)

        PERHATIAN!

        Pertama
        :

        Kita dapat lihat sendiri bahawa Rasulullah saw dalam hadis di atas Maksudnya, “Ya Allah berkatilah pada KHAL”. Rasulullah saw memohon hajat kepada Allah agar diberkati amalan meminum KHAL, sudah pastilah doa Rasulullah ini dimakbulkan oleh Allah kerana Baginda adalah kekasihNya dan pastilah juga terdapat rahsia kepentingan KHAL oleh tubuh badan yang diciptakan oleh Allah SWT.

        Kedua:

        Hadis di atas ada menyebutkan perkataan Baginda saw “ ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.

        Ketiga:

        Saranan atau galakan Rasulullah saw dalam hadis ini tentang sabda Baginda saw maksudnya “dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah”. Ini dapat kita fahami bahawa KHAL perlu sentiasa ada di rumah, sentiasa diminum oleh ahli keluarga di rumah tersebut.Perlu diambil perhatian yang lebih kepada sebarang doa dan suruhan, penegasan dan galakan dari Rasulullah saw kerana Baginda tidak akan bercakap sesuatu apa pun melainkan wahyu yang diwahyukan oleh Allah.

        Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Najmu, ayat 3 bermaksud
        “Dan tidaklah Muhammad itu berucap sesuatu dengan hawa nafsunya melainkan wahyu (Allah) yang diwahyukan,”

        Allah Maha Mengetahui kehendak tubuh badan manusia, diberitahu melalui Nabi saw untuk hambaNya.SEBAHAGIAN DARIPADA KENYATAAN KHAL OLEH ULAMAK PERUBATAN ISLAM SILAM.Kenyataan dari Saiyidina Ali (karramallah) " نعم الأدام الخل يكس المر ويحيي القلب "

        Terjemahannya :
        “Sebaik-baik hidangan ialah KHAL kerana dapat memecahkan lemak di badan dan menghidupkan hati.”

        Lihat dalam Kitab Perubatan Saiyidina Ali (k.w.) " طب الأمأم علي " oleh Muhsin Aqil, Darul Mahajjah Al-Baida’, Bairut, 1418, muka surat 320 - 325.KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK PERUBATAN ISLAM TERKENAL IAITU IBNU SINA (TAHUN 370 - 428 H) DALAM KITAB BELIAU AL-QANUN FI AL-TIB ( القانون فئ الطب ) TAHQIQ DAN TA’LIQ OLEH SA’ID AL-LAHHAM, JUZUK 1, DARUL FIKRI, BAIRUT TAHUN 1414H, MUKA SURAT 908 - 909.

        Terjemahannya :
        “KHAL dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”.
        (Lihat juga kitab Saidaliyyatu Ibnu Sina, ( صيدلية ابن سنا ) , Syarah dan Tak’lik oleh Ridho’ Ayash, Darus As-Surur, Bairut, Tahun 1420 H, muka surat 725 - 727)KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK ISLAM TERKENAL IAITU IBNU QAIYYIM AL-JAUZIYYAH (TAHUN 691 - 751 H) DALAM KITAB BELIAU AL-TIB AL-NABAWI ( طب النبوى ) DARUL KITAB AL’ARABI, BAIRUT 1410 H, MUKA SURAT 233.

        Terjemahannya:
        KHAL bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. KHAL dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid).

        KHAL bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun).

        KENAPA KHAL DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN?

        KHAL kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan (awet muda) dan kaya dengan vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena dan vitamin P (bioflavonoid). KHAL juga dapat memotong lemak, memotong kolestrol, memotong asid-asid yang tidak diperlukan oleh badan (menstabilkan asid di badan), memotong garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.
        KHAL DAN PENJAGAAN BADAN (SLIMMING) SECARA SEMULAJADI.

        KHAL dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.

        KHAL juga membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat badan (obesiti).
        KHAL mencepatkan proses awet muda, badan yang cantik (slimming), keremajaan kulit di muka, melambatkan proses penuaan dan membuang lemak di perut.
        KHAL juga membuatkan kulit kelihatan sihat, melegakan kulit yang kelihatan terbakar terutamanya di muka, tangan dan bintik-bintik hitam di kulit.

        RAHSIA KELEBIHAN KHAL, SATU PENGALAMAN YANG MENGKAGUMKAN MELIHAT..

        ORANG ARAB DAPAT MAKAN KAMBING SEEKOR HANYA UNTUK DUA TIGA ORANG SAHAJA

        Penulis mendapat rahsia kenapa orang-orang Arab dapat memakan kambing seekor hanya untuk dua tiga orang sahaja dan memakan ayam seekor seorang. Keadaan ini menjadi kebiasaan harian bagi orang Arab. Pengalaman aneh ini dilihat sendiri oleh penulis semasa belajar di Universiti Al-Azhar pada tahun 1983 dan menemui rahsia cara membuat KHAL serta herba yang diperlukan bagi mengelak kesn buruk dari makanan yang berlebihan seperti yang dinyatakan dalam risalah ini.

        KENAPA KHAL DARIPADA BUAH TAMAR (KURMA)?

        PQSB memilih buah tamar untuk dibuat KHAL kerana khasiat kurma yang terlalu banyak untuk kesihatan badan. Di antara hadis Nabi saw ialah:

        Terjemahannya: Terdapat di dalam hadis As-Shahih dari Nabi saw,

        “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”.
        (Dikeluarkan oleh Imam Bukhari 10/203, dan oleh Imam Muslim)

        Kebaikan buah tamar disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.

        KHAL DAN MADU

        Produk KHAL keluaran PQSB ini dicampur dengan madu asli dari negara Islam Iran kerana menurut kitab-kitab perubatan Islam ianya dapat mencepatkan tindakbalas kesihatan badan serta penyembuhan pelbagai penyakit. Madu lebah juga adalah ubat yang turun bersama wahyu. (Lihat surah Al-Nahl, ayat 65 - 69)

        KHASIAT DAN KELEBIHAN KHAL.

        KHAL dapat menyembuhkan penyakit yang digeruni dewasa ini seperti kencing manis, darah tinggi, membuang kolesterol, lemak di jantung dan usus, mencegah obesiti,dan penjagaan kecantikan badan (slimming) secara semula jadi.

        KHAL dapat mencegah masalah asid berlebihan, masalah gout, buasir, masalah usus, sembelit, membuang toksik, menstabilkan kepanasan badan, migrain serta penjagaan kulit.

        KETERANGAN KANDUNGANKHAL TAMAR PLUS yang dihasilkan PQSB terdiri dari:
        1. Satu botol KHAL (1 liter) yang sudah dicampur dengan madu asli dari negara Islam Iran.
        2. Satu bekas herba-herba pilihan dari Khazanah Perubatan Islam. (Untuk diminum selama satu bulan.)

        Untuk pesanan secara online sila layari http://www.asfshoppe.com/

        Eumora Miracle Bar

        EUMORA merupakan facial bar ALL IN ONE yang memang ajaib. Hanya 3 minit sahaja anda akan dapat melihat perubahannya. Wajah anda akan bertambah cantik dan berseri. EUMORA adalah 100% semulajadi. Boleh digunakan ke atas semua jenis kulit, penyembuhan semulajadi dari dalam.

        Antara bahan-bahan yang terkandung dalam EUMORA adalah :-
        • Hma - Algae yg kaya dengan antioksida, vitamin dan mineral dari Europe untuk mengembalikan keremajaan dan menyembuhkan kulit.

        • Heilmoor Clay – Terdiri daripada beratus herba, bahan organic, antibiotic yang semulajadi, hormon tumbuhan dan banyak lagi.

        PRODUK JIMAT, TAK PERLU LAGI...

        Cleanser, toner, nightcream, soap, shampoo, conditioner, botox collagen & laser.

        MEMPERKENALKAN EUMORA MIRACLE BAR

        Facial Bar EUMORA merupakan bar ALL IN ONE yang memang ajaib. Hanya 3 minit sahaja anda akan dapat melihat perubahannya.

        Kebaikan Menggunakan EUMORA:
        • mengecilkan pori-pori

        • mengawal blackheads dan whiteheads

        • mengawal keseimbangan pH pada kulit

        • mengawal masalah jerawat dan kulit sensitif

        • mengurangkan kesan parut pada kulit

        • mengurangkan pigmentasi dan mengawal masalah jeragat

        • mampu mengurangkan garis-garis halus/kedut pada wajah

        • membantu mengawal masalah penyakit kulit, eczema, psoriasis, kesan selulit dsbnya

        • kulit kelihatan 1 tona lebih cerah kerana proses exfoliation

        • kulit kelihatan lebih kemerahan secara semula jadi dan berseri-seri

        • meningkatkan keupayan kitaran sel kulit, menjadikan kulit sentiasa anjal, sihat dan berseri

        • sangat sesuai dan selamat digunakan kepada bayi dan kanak-kanak

        • mengurangkan noda-noda hitam dan sel mati pada keliling leher, celah ketiak dan bikini line

        • bagus untuk mengekalkan keseimbangan minyak pada kulit kepala

        • melembutkan rambut dan menyihatkannya

        • matikan jerawat muka dan badan

        • kurangkan kedut muka, facelift up, eyebag, dark circles

        • menegangkan muka dan berseri-seri

        • menjadi syampu untuk menjadikan rambut lebih sihat, berkilat dan lembut.

        • juga sebagai breast cream & shaving foam

        Cara menggunakan EUMORA :

        1. Bersihkan tangan, gosokkan EUMORA pada tapak tangan untuk keluarkan buih

        2. Ambil buih dan letakkan di kawasan yang bermasalah seperti jeragat, parut, kedut dan liang-liang roma yang besar sambil gosok perlahan-lahan (buat bulatan) hingga meresap ke dalam kulit

        3. Kemudian basahkan tangan dan gosok pada muka, massage seluruh muka sehingga buih menyerap kedalam kulit

        4. Kemudian biarkan selama 2-3 minit (kiraan 3 minit selepas bila massage selesai)

        5. Basuh muka dan biarkan kering sendiri (jangan lap)

        6. Sesuai digunakan 2 kali sehari (pagi dan malam)

        7. Hanya 1-3 minit sahaja setiap cucian

        8. Pada bahagian badan - biarkan selama 3 minit sebelum cuci

        9. Sebagai syampoo (tidak perlu gunakan syampoo dan conditioner lain lagi) Basahkan rambut dan keluarkan buih dan gosok di seluruh kepala dan rambut. Tidak perlukan buih yang banyak seperti syampoo yang lain. Rambut akan lebih lembut, bersinar, hitam, lebat dan bebas kelemumur

        10. Bersihkan saki-baki sabun sehingga tiada lagi rasa licin pada wajah (menandakan yang muka bersih dari sabun yang mungkin berada di antara pori-pori di kulit)

        11. Perhatian!
          Biarkan wajah anda tanpa dilap selepas mencuci menggunakan sabun EUMORA.
          Tidak perlu guna cleanser & toner lagi .

        TINDAKBALAS SELEPAS MENGGUNAKAN EUMORA (bagi kes-kes tertentu) :

        1. Kulit menjadi kering - Hanya biarkan selama 1 minit sebelum membasuh muka dan gunakan moisturizer selepas proses pengeringan kulit

        2. Keluar bintik-bintik halus di muka - Cuci selama 1 minit sahaja kerana ia merupakan “proses pembersihan dari dalam”. Gunakan moisturizer. Jangan risau dan terus gunakan EUMORA seperti yang diarahkan

        3. Kulit menggelupas - Cuci selama 1 minit kerana ia mengeluarkan sel-sel kulit mati. Biar pengelupasan sendiri. Jangan dikopek

        4. Kulit rasa gatal-gatal - Itu tandanya ada resdung. Jangan garu dan jika boleh dalam tempoh sebulan pertama, jangan amalkan makan seafood ,daging dan telur. Tunggu sehingga kulit kembali normal. Kurangkan masa cuci kepada 1-2 minit sahaja

        5. Semua ‘healing crisis’ hanya berlaku selama 1-3 minggu bergantung kepada kulit seseorang

        6. Sila beri perhatian:
          Kulit Sensitif - sebaiknya 1 - 2 minit sudah memadai (tetapi untuk permulaan boleh gunakan selama 3 minit selama 2 – 3 sehari)

        7. Kulit Berjerawat - gunakan selama 3 minit setiap kali cucian (2 x sehari) selama seminggu. Minggu kedua dan seterusnya memadai mengamalkan sabun seperti cucian biasa sahaja.

        8. Kulit Normal / Kering - sama seperti langkah kulit berjerawat

        9. Kulit berparut - amalan yang ‘consistent’ dan betul membantu mengawal kesan parut dengan berkesan

        10. Kulit pigmentasi - berkemungkinan akan mengalami sedikit pengelupasan halus (bergantung kepada keaktifan kulit masing-masing). Ini adalah kerana sel mati di pisahkan dari lapisan permukaan kulit. Anda mungkin akan mengalami sedikit kegatalan, kekeringan yang bersifat sementara kerana faktor perubahan sel pada kulit

        Untuk pesanan secara online sila layari www.asfshoppe.com

        Wednesday, March 11, 2009

        Pengenalan Mengenai Heilmoor (Eumora)

        PengenalanMengenai Heilmoor

        ‘Moor’ adalah perubatan tradisional digunakan di kebanyakkan tempat di Eropah Tengah sejak berkurun lama. Semenjak 60 tahun kebelakangan ini, telah kerap dibuat penyelidikan klinikal keatas terapi ‘Moor’ dan telah dibuktikan bahawa ‘Moor’ sememangnya mengandungi kaedah yang baik. Disebabkan itulah maka ratusan pakar perubatan di di Eropah mengguna dan memperakukan perubatan secara ‘Moor’ ini.

        Heilmoor Sejak Berkurun

        Perubatan secara ‘Moor’ memang telah lama ujud dan digunakan sejak zaman dahulu. Hampir 3,000 tahun dahulu, bangsa Celts dan Roman mengunakan Moor di Austria dan German untuk merawat luka sewaktu peperangan. Rekod yang mula-mula diketahui mengenai penggunaan ’Moor’ ialah daripada Galen, Plinius, begitu juga bijak pandai daripada erra Egypt menyatakan penggunaan ’Moor’ yang ditemui di Sungai Nil boleh merawat berbagai penyakit.

        Di kurun ke 16, Alchemist Paracelsus, seorang yang amat terkenal, memperakukan bahawa ’Moor’ adalah ’Quinta Essentia Vitae” yang mana beliau percaya ianya ”elixir of life’ ataupun ’air wangian yang digunakan sebagai ubat’. Hari ini ’Moorbads atau Klinik Moor’ menawarkan satu barangan yang megenengahkan perubatan Moor di German, Austria, Hungary & negara-negara Eropah yang lain. Doktor-doktor di Eropah kerappkali membekalkan barangan ’Moor’ untuk mengubati radangan dan rawatan sakit kulit, usus dan arthritis.

        Kebanyakkan hospital di German dan Austria sekrang telah menyediakan kaedah rawatan ’Moor’ dengan pekerja-pekerja yang amat mahir mengenai penggunaan ”Program Kesihatan Kebangsaan” dan ”Agensi Kesihatan Insuran” merangkumi perubatan secara ’Moor’ meliputi di kebanyakkan tempat di Eropah.

        Herba dan Nutrien

        Komponen bahan-bahan ajaib yang tekandung didalam ”Deep Moor” dibuat melalui projek kali selidik sejak awal tahun lima puluhan lagi. Disuatu masa pengkaji selidik NASA telah mendapati komposisi terdapat didalam ’Deep Moor’ sebagaimana daripada pemeriksaan didalam kaedah kandungan bantuan kehidupan daripada pemberian/hadiah dari alam semula jadi ini. Ratusan herba, bahan organik, hormon tumbuhan, antibiotik semula jadi dan lain-lain bahan semula jadi bercantum untuk mengeluarkan satu bahan ajaib yang pekat dan kaya dengan bahan-bahan organik semula jadi iaitu ’Moor’. Bahan-bahan organik semulajadi inilah menjadikan ’Deep Moor’ suatu keajaiban therupatik dan wajah menjadi lebih muda serta dapat merawat penyakit.

        Disenaraikan dibawah ini sebahagian daripada bahan-bahan yang terkandung didalam ’Deep Moor’ daripada Austria ini:

        • Lilin, asid humic, fatty acids, lignin, kanji, gula, humus, asid amino,balsam, volatile oils, nitrogen compounds, vitamins, organic sulphates, protein, resins, pections, hemicellulose, cellulose, bitumens, pigments, cuka, oxalic acid, antibiotics, iron salts, sulphur, magnesium, manganese, calcium, sodium, iron , phosphoric acid, silicic acid, potassium, boron, silicon, aluminium, calcium dan lain-lain.

        Penyembuhan-penyembuhan yang terdapat pada ‘Deep Moor’

        Bebas dari akibat pengurangan oksigen dan dengan adannya microflora yang tertentu, herba-herba melalui satu proses transformasi beratus-ratus tahun lalu untuk mengeluarkan bahan pepejal homogeneous yang dinamakan ‘Moor’. Melalui proses pematangan ini kesemua bahan komponen organik dan bukan organik didalam tumbuhan tersimpan didalam ‘Moor’. Jumlah campuran sebatian itulah yang membuatkan ‘Moor’ salah satu bahan semula jadi yang berkesan dan mujarab untuk terapi serta bahan merawat dan mengeluarkan toksik.

        Sesungguhnya banyak klinikal penyelidikan telah menunjukkan yang ‘Deep Moor’ bertindak menyerap ke kulit dan berdayacipta menjadi sebagai terapi holistik keseluruh system tubuh.

        Bahan ‘Deep Moor’ telah ditemui di sekeliling sel kulit atau menembusi sebahagian daripada sel epidermis. Penyatuan proses dengan albumin didalam kulit akan terjadi dan mengeluarkan pertukaran reaksi ion yang berbeza.

        Ion positif yang berbahaya didalam tisu kulit akan bertukar menjalani proses peremajaan negatif ion didalam ‘Moor’. Zarah-zarah partikel tersebut akan diserap oleh pembuluh darah kedalam sistem supaya terus menjalankan tugas atau kerja yang amat tinggi dan bernilai ini.

        Kebaikan ‘Moor’ juga adalah berdasarkan daripada minyak yang penting dan perlu, lelemak asid dan lipoids yang berlaku secara semula-jadi dan tidak seperti bahan-bahan kosmetik yang lain yang mana ianya tidak semula jadi. Penyelidikan juga telah membuktikan yang bahan ini akan meresap secara mudah kedalam kulit dan tisu, serta kukuh dan kulit akan neutral (natural PH balance) dan menambahkan kelancaran darah kedalam kulit.

        Penyelidikan ini juga telah membuktikan yang kulit boleh membuang toksik, membersihkan, melembutkan serta menyihatkan melalui penghancuran organik dan tak organik nutren aktif. ‘Moor’ telah di uji kaji dan dan terbukti ianya hypoallergenic dan boleh digunakan untuk sebarang jenis kulit dan mengurangkan pengunaan krim-krim muka yang lain.

        Untuk pesanan secara online sila layari http://www.asfshoppe.com/

        Monday, March 9, 2009

        Intro

        Produk perubatan islam

        Assalamualaikum dan salam sejahtera!

        Segala pujian bagi Allah, solawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda dan sahabat setia Baginda.
        PERNIAGAAN QURBA SDN (M). BHD., adalah syarikat yang pertama di Malaysia berusaha membuat kajian dan penyelidikan terhadap Kitab-Kitab Ulamak Perubatan Islam. Syarikat ini berusaha mendapatkan herba-herba berkhasiat khususnya herba yang mempunyai dalil-dalil atau nas samada dari Al-Quran, Hadis Nabi SAW dan amalan yang diteruskan dari satu generasi ke satu generasi hingga ke hari ini.
        Semoga dengan usaha ini, kita sama-sama dapat mengembalikan kegemilangan perubatan Islam yang trkenal pada satu masa dahulu. Syarikat ini juga dapat memartabatkan kembali Khazanah Perubatan Islam kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan umat Islam lain umumnya

        Produk-produk keluaran syarikat Perniagaan Qurba adalah dijamin HALAL dan SUCI. Tambahan pula, semua produk-produk ini dibacakan dengan doa-doa. Perniagaan Qurba telah mengeluarkan produk-produk berikut:
        1. Faqeh Makanan Kecerdasan Minda
        2. Faqeh Madu Minda
        3. Li Khamsatun
        4. Kopi Herba Ibnu Sina
        5. Teh Halia & Za'faran
        6. Za'faran tulen
        7. Khal Tamar Plus (Baru di pasaran)

        Untuk pesanan secara online sila layari www.asfshoppe.com

        Za'faran

        Dalam kitab Tibbul Imama A’li, muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:

        Maksudnya: “Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan ‘asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.”

        Za’faran adalah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat dan terkenal kegunaannya dalam bidang perubatan. Malah ianya sebagai bahan campuran semula jadi dalam pelbagai jenis makanan dan minumam serta di bidang kosmetik.

        Ulamak-ulamak perubatan Islam telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan za’faran ini.

        Bagi mendapatkan 10 grams stigma(filament) za’faran, ianya memerlukan 1000 kuntum bunga za’faran. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal di dunia.

        Za’faran kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan tiamin).
        Di antara khasiat za’faran adalah:
        Membantu menyempurnakan proses penghadaman
        Menguatkan ingatan
        Merawat anemia
        Mengawal tekanan darah dan kolestrol
        Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
        Melancarkan pengaliran darah
        Merawat penyakit saraf
        Mengurangkan keletihan
        Mengurangkan sembelit, bisa-bisa sendi
        Penenang diri
        Perangsang tenaga batin

        Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa.

        Cara penggunaan yang disyorkan:
        6 stigma(filament) za’faran untuk 500ml air. Boleh dicampurkan dengan apa juga jenis minuman. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan selamat diambil oleh ibu-ibu mengandung.

        Untuk pesanan secara online sila layari www.asfshoppe.com

        Faqeh Minda (Makanan kecerdasan minda)

        FAQEH MAKANAN KECERDASAN MINDA

        Akal merupakan satu anugerah Allah S.W.T yang terpenting kepada manusia. Dengan akal, Allah S.W.T mentaklifkan (pertanggungjawabkan) kepada kita tentang semua syariatNya. Memahami hakikat kepentingan akal inilah, maka syarikat Perniagaan Qurba berusaha membuat kajian ilmiah yang mendalam tentang makanan kecerdasan otak yang bersumberkan daripada Al-Quran, Sunnah Nabi SAW dan Pendapat Ulamak Perubatan Islam.

        APAKAH RAHSIA-RAHSIA ULAMAK-ULAMAK TERDAHULU YANG
        Mempunyai akal yang cerdas, kuat ingatan, kuat hafalan serta pintar?
        Dapat menghafal Al-Quran , mengingati beribu-ribu hadis Nabi SAW?
        Dapat menguasai perlbagai ilmu sejak kecil?
        Dapat berijtihad, menyelesaikan masalah umat?
        Dapat mengekalkan kesihatan akal serta tidak lupa dan nyanyuk disepanjang kehidupan mereka.

        Semua pertanyaan di atas sudah ditemui rahsia makanan ulamak-ulamak terdahulu. FAQEH adalah makanan kecerdasan otak yang mana syarikat ini telah mengumpulkan TIGA BELAS (13) bahan dari tumbuh-tumbuhan pilihan dari luar negeri yang dikeringkan, tiada bahan kimia, ubat penahan dan pewarna. 13 bahan makanan ini adalah

        A’sal (Madu lebah)
        Karaps (Bijirin)
        Za’faran (Stigma Bunga)
        Su’dun (Akar Tumbuhan)
        Qaranful (Bunga)
        Lubban (Getah Pokok)
        Zanjabil (Halia)
        Khardal (Bijirin)
        Na’na (Daun Pudina)
        Habbatus Sauda’ (Bijirin)
        A’das (Bijirin)
        Zabib (Kismins)
        Laban (Susu kambing tulen)

        Tiga belas bahan makanan ini kami gabungkan bersama madu asli bermutu dari Negara Islam Iran. Madu diambil dari Negara Islam Iran kerana khasiatnya yang banyak disebabkan lebah disana menghisap madu dari pohon kurma, tin, zaitun, delima dan sebagainya yang mana kesemua buah-buahan ini disebut dalam Al-Quran dan kitab-kitab perubatan ISlam tentang khasiatnya yang sangat banyak

        Disediakan dan diproses secara sainstifik di bawah kawalan kilang bertaraf GMP dalam bentuk BIJI (TABLET) supaya mudah dihisap atai dikunyah oleh semua peringkat umur dari kanak-kanak sehingga orang tua lanjut usia.

        KHASIAT FAQEH ADALAH
        Kanak-kanak membesar dengan pertumbuhan akal yang sempurna
        Pelajar rendah sehingga ke universiti supaya dapat menerima pelajaran dengan baik, kreatif, aktif, berdaya saing maju kehadapan.
        Orang dewasa hingga lanjut usia supaya dapat mengekalkan ingatan, tidak lupa, nyanyuk dan sebagainya.
        Baik untuk masalah mental, sakit kepala, menenangkan fikiran, dan mengembalikan kesegaran berfikir.

        KETERANGAN RINGKAS SETIAP TIGA BELAS (13) BAHAN DALAM FAQEH

        Di sini, kami hanya terangkan dengan ringkas 13 bahan kecerdasan minda seperti mana yang disebut dalam Kitab-Kitab Perubatan Islam.

        1. A’sal (Madu lebah)

        Dalam Kitab Perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda sepertimana yang diterangkan nanti. Kebaikan madu terdapat dalam Al-Quran, surah Al-Nahl ayat 68-69

        Maksudnya: “…..dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia.”

        Dalam kitab al-has a’lahafzailmu oleh Abdul Rahman Al-Juziah (meninggal dunia 598H) menyatakan bahawa

        “Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan.”

        2. Karaps (Bijirin)

        Dalam kitab Tibbun nabi, muka surat 47, Nabi SAW sendiri menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan sabda Baginda SAW:

        Maksudnya: “Makanlah oleh kamu karaps, kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir a.s)”

        Sabda Baginda SAW lagi tentang kebaikan karaps:

        Maksudnya: “Hendaklah kamu mengambil karaps, jika sekiranya sesuatu dapat menambah akal, maka ianaya adalah karaps.”

        3. Za’faran (Stigma bunga)

        Stigma Bunga Za’faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai “King Of Spices”. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za’faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A’li, muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:

        Maksudnya: “Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan ‘asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.”

        4. Su’dun (Akar tumbuhan)

        Kebaikan Su’dun untuk kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 3 di atas. Za’faran dan Su’dun dikehendaki makan bersama madu pada setiap hari.

        5. Qaranful (Bunga)

        Dalam kitab Tibbul Imamal Sodiq muka surat 381, Imam Ja’afar Al-Sodiq (r.a), lahir pada 80H, (guru kepada Imam Abu Hanifah r.a), pernah menerangkan masalah kecerdasan minda kepada muridnya Abi Basir iaitu:

        Maksudnya: “Berkata Abi Basir, aku bertanya kepada Al-Sodiq (Imam Ja’afar Al-Sodiq). Bagaimana kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami? Lalu Imam Ja’afar Al-Sodiq berkata, Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) Qaranful, bagitu juga kundur zikri (lubban) serta ditumbuk halus keduanya, lalu diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari.”

        6. Lubban (Getah pokok)

        Lubban disebut juga sebagai kundur zikri seperti dalam kenyataan Imam Ja’far r.h pada kenyataan bahan nombor 5 di atas. Lubban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya dalam kitab Tibbun nabi , muka surat 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas r.d, Anas r.a dan Sayidina Ali k.w:

        Maksudnya: “Diriwayatkan dari Sayidina Ali k.w bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Sayidina Ali k.w menyuruh ia menggunakan lubban, kerana lubban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan.”

        7. Zanjabil (Ubi Tumbuhan/ halia)

        Zanjabil terdapat dalam Al-Quran, iaitu surah Al-Ihsan ayat 18:

        Maksudnya: ”……mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman campurannya zanjabil.”

        Dalam kitan Tibbul … muka surat 388 dan kitab Tibbul Imama Ar-Ridho muka surat 121, menyebutkan riwayat ulamak yang terkenal iaitu Imam Al-Ridho r.h (141-203H) menyatakan bahawa:

        Maksudnya: “ Sesiapa yang ingin mengatasi masalah lupa dan menguatkan ingatan maka hendaklah dia makan tiga potong zanjabil yang dicampur dengan madu dan juga khardal (Sejenis bijirin) bersama dengan makanan pada setiap hari.”

        8. Khardal (Bijirin)

        Secara ringkas, kebaikan khardal dan kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 7 di atas pada kenyataan Imam Al-Ridho r.h (141-203H), menyuruh kita memakaan khardal dan zanjabil bersama madu pada setiap hari.

        9. Na’na (Daun pudina)

        Dr. Riyad Muhammad , salah seoarang ulamak perubatan Islam moden dari Mesir dalam kitabnya Dalil al mua’lijinn bil quran nul karim muka surat 298, menyuruh kita memasukkan daun na’na dan habbatus sauda’ ke dalam madu untuk kecemerlangan minda, beliau menyatakan:

        Maksudnya: ” Digoreng (dikeringkan) na’na serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu, selepas itu dimasukkan tujuh titik minyak habbatus sauda’ diminum suam-suam serta di baca ayat Al-Ruqayyah sebanyak 7 kali , ayat Syifa’ serta Surah Yassin.”’

        10. Habbatus sauda’ (Bijirin)

        Kegunaan habbatus sauda’ bersama madu untuk kecerdasan minda seperti kenyataan bahan nombor 9 di atas. Dalil atau nas kebaikan habbatus sauda’ terlalu banyak diantaranya sabda Rasullullah SAW dalam hadis sohih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda SAW menyatakan:

        Maksudnya: “Daripada hadis Abi Salamah r.d bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “hendaklah kamu mengambil habbatus sauda’ ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit, melainkan mati”

        11. A’das (Bijirin) –keluarga kacang parpu

        A’das adalah makanan yang disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 61. A’das dapat menguatkan ingatan seperti mana dalam kitab Tibbul … muka surat 389 menyebutkan:

        Maksudnya: “Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang menguatkan ingatan ialah memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal), makan yang manis-manis (seperti madu), makan a’das, makan roti dan membaca ayat Al-Kursi.”

        12. Zabib (Kismis)

        Dalam kitab Tibbun nabawi oleh Ibnu Qayyim Al-Juzi, muka surat 241 menyebutkan bahawa:

        Maksudnya: “ Imam Al-Zuhri berkata: sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah makan zabib (kismis)”.

        13. Laban (Susu kambing tulen)

        Allah SWT berfirman dalam Al-Quran tentang kebaikan Laban dalam dua surah iaitu surah Al-Nahl ayat 66 dan Surah Muhammad ayat 15. Dalam Surah Al-Nahl ayat 66:

        Maksudnya: “ Sesungguhnya pada binatang-binatang ternakan itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan ikhtibar, kami beri minuman kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perut, yang lahir di antara hampas makanan dengan darah iaitu susu yang bersih, mudah diminum lagi sedap rasanya.”

        Keterangan: Kami campurkan susu kambing dalam tablet ini kerana khasiatnya yang sangat banyak sepeti mana yang disebut dalam kitab-kitab perubatan Islam dan Moden.

        Empat nasihat Imam Shafie r.h untuk menambahkan kecersaan akal:
        Meningggalkan cakap-cakap kosong
        Menggunakan siwak (kayu sugi)
        Duduk bersama majlis orang-orang soleh
        Duduk bersama majlis ulamak

        Untuk pesanan secara online sila layari www.asfshoppe.com

        Sunday, March 8, 2009

        Faqeh Madu Minda

        Faqeh Madu Minda adalah makanan kecerdasan minda, membina akal yang cemerlang. Memahami tentang kepentingan akal anugerah Allah yang terpenting kepada manusia, maka syarikat ini berusaha membuat kajian ilmiah yang mendalam tentang maknan kecerdasan minda yang bersumberkan daripada Al-Quran, Al-Sunnah, kitab Ulamak Perubatan Islam serta semua saluran maklumat moden terkini.

        Produk ini mengandungi 12 nas atau dalil bahan makanan khusus untuk otak yang cerdas. Inilah 12 rahsia kenapa Ulamak Islam terdahulu dapat menghafal Al-Quran dan beribu hadis sejak kecil serta bijka berijtihad. Dua belas bahan makanan ini kami gabungkan bersama madu asli bermutu dari Negara Islam Iran dalam bentuk cecair madu, tanpa sebarang bahan pengawet.
        12 bahan makanan ini adalah

        A’sal (Madu lebah)
        Karaps (Bijirin)
        Za’faran (Stigma Bunga)
        Su’dun (Akar Tumbuhan)
        Qaranful (Bunga)
        Lubban (Getah Pokok)
        Zanjabil (Halia)
        Khardal (Bijirin)
        Na’na (Daun Pudina)
        Habbatus Sauda’ (Bijirin)
        A’das (Bijirin)
        Zabib (Kismins)

        Madu diambil dari Negara Islam Iran kerana khasiatnya yang banyak disebabkan lebah disana menghisap madu dari pohon kurma, tin, zaitun, delima dan sebagainya yang mana kesemua buah-buahan ini disebut dalam Al-Quran dan kitab-kitab perubatan Islam tentang khasiatnya yang sangat banyak. Madu ini sedap dan mudah dimakan oleh kanak-kanak membesar dari 1 tahun hingga orang dewasa lanjut usia.

        KHASIAT FAQEH MADU MINDA

        Kanak-kanak membesar dengan pertumbuhan akal yang cerdas, pintar serta sihat.
        Untuk pelajar rendah, menengah dan universiti supaya dapat menerima pelajaran dengan baik, aktif berdaya saing.
        Untuk orang dewasa, lanjut usia, mengekalkan ingatan, elak lupa serta nyanyuk. Baik untuk penyakit mental, sakit kepala dan seumpamanya.

        KETERANGAN RINGKAS SETIAP 12 BAHAN DALAM FAQEH MADU MINDA

        1. A’sal (Madu lebah)

        Dalam Kitab Perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda seperti mana yang diterangkan nanti. Kebaikan madu terdapat dalam Al-Quran, surah Al-Nahl ayat 68-69

        Maksudnya: “…..dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia.”
        0
        Dalam kitab al-has a’lahafzailmu oleh Abdul Rahman Al-Juziah (meninggal dunia 598H) menyatakan bahawa

        “Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan.”

        2. Karaps (Bijirin)

        Dalam kitab Tibbun nabi, muka surat 47, Nabi SAW sendiri menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan sabda Baginda SAW:

        Maksudnya: “Makanlah oleh kamu karaps, kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir a.s)”

        Sabda Baginda SAW lagi tentang kebaikan karaps:

        Maksudnya: “Hendaklah kamu mengambil karaps, jika sekiranya sesuatu dapat menambah akal, maka ianaya adalah karaps.”

        3. Za’faran (Stigma bunga)

        Stigma Bunga Za’faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai “King Of Spices”. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za’faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A’li, muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:

        Maksudnya: “Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan ‘asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.”

        4. Su’dun (Akar tumbuhan)

        Kebaikan Su’dun untuk kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 3 di atas. Za’faran dan Su’dun dikehendaki makan bersama madu pada setiap hari.

        5. Qaranful (Bunga)

        Dalam kitab Tibbul Imamal Sodiq muka surat 381, Imam Ja’afar Al-Sodiq (r.a), lahir pada 80H, (guru kepada Imam Abu Hanifah r.a), pernah menerangkan masalah kecerdasan minda kepada muridnya Abi Basir iaitu:

        Maksudnya: “Berkata Abi Basir, aku bertanya kepada Al-Sodiq (Imam Ja’afar Al-Sodiq). Bagaimana kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami? Lalu Imam Ja’afar Al-Sodiq berkata, Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) Qaranful, bagitu juga kundur zikri (lubban) serta ditumbuk halus keduanya, lalu diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari.”

        6. Lubban (Getah pokok)

        Lubban disebut juga sebagai kundur zikri seperti dalam kenyataan Imam Ja’far r.h pada kenyataan bahan nombor 5 di atas. Lubban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya dalam kitab Tibbun nabi , muka surat 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas r.d, Anas r.a dan Sayidina Ali k.w:

        Maksudnya: “Diriwayatkan dari Sayidina Ali k.w bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Sayidina Ali k.w menyuruh ia menggunakan lubban, kerana lubban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan.”

        7. Zanjabil (Ubi Tumbuhan/ halia)

        Zanjabil terdapat dalam Al-Quran, iaitu surah Al-Ihsan ayat 18:

        Maksudnya: ”……mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman campurannya zanjabil.”

        Dalam kitan Tibbul … muka surat 388 dan kitab Tibbul Imama Ar-Ridho muka surat 121, menyebutkan riwayat ulamak yang terkenal iaitu Imam Al-Ridho r.h (141-203H) menyatakan bahawa:

        Maksudnya: “ Sesiapa yang ingin mengatasi masalah lupa dan menguatkan ingatan maka hendaklah dia makan tiga potong zanjabil yang dicampur dengan madu dan juga khardal (Sejenis bijirin) bersama dengan makanan pada setiap hari.”

        8. Khardal (Bijirin)

        Secara ringkas, kebaikan khardal dan kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 7 di atas pada kenyataan Imam Al-Ridho r.h (141-203H), menyuruh kita memakaan khardal dan zanjabil bersama madu pada setiap hari.

        9. Na’na (Daun pudina)

        Dr. Riyad Muhammad , salah seoarang ulamak perubatan Islam moden dari Mesir dalam kitabnya Dalil al mua’lijinn bil quran nul karim muka surat 298, menyuruh kita memasukkan daun na’na dan habbatus sauda’ ke dalam madu untuk kecemerlangan minda, beliau menyatakan:

        Maksudnya: ” Digoreng (dikeringkan) na’na serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu, selepas itu dimasukkan tujuh titik minyak habbatus sauda’ diminum suam-suam serta di baca ayat Al-Ruqayyah sebanyak 7 kali , ayat Syifa’ serta Surah Yassin.”’

        10. Habbatus sauda’ (Bijirin)

        Kegunaan habbatus sauda’ bersama madu untuk kecerdasan minda seperti kenyataan bahan nombor 9 di atas. Dalil atau nas kebaikan habbatus sauda’ terlalu banyak diantaranya sabda Rasullullah SAW dalam hadis sohih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda SAW menyatakan:

        Maksudnya: “Daripada hadis Abi Salamah r.d bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “hendaklah kamu mengambil habbatus sauda’ ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit, melainkan mati”

        11. A’das (Bijirin) –keluarga kacang parpu

        A’das adalah makanan yang disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 61. A’das dapat menguatkan ingatan seperti mana dalam kitab Tibbul … muka surat 389 menyebutkan:

        Maksudnya: “Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang menguatkan ingatan ialah memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal), makan yang manis-manis (seperti madu), makan a’das, makan roti dan membaca ayat Al-Kursi.”

        12. Zabib (Kismis)

        Dalam kitab Tibbun nabawi oleh Ibnu Qayyim Al-Juzi, muka surat 241 menyebutkan bahawa:

        Maksudnya: “ Imam Al-Zuhri berkata: sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah makan zabib (kismis)”.

        Untuk pesanan secara online sila layari www.asfshoppe.com

        Li Khamsatun