Monday, March 9, 2009

Za'faran





Dalam kitab Tibbul Imama A’li, muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:

Maksudnya: “Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan ‘asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.”

Za’faran adalah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat dan terkenal kegunaannya dalam bidang perubatan. Malah ianya sebagai bahan campuran semula jadi dalam pelbagai jenis makanan dan minumam serta di bidang kosmetik.

Ulamak-ulamak perubatan Islam telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan za’faran ini.

Bagi mendapatkan 10 grams stigma(filament) za’faran, ianya memerlukan 1000 kuntum bunga za’faran. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal di dunia.

Za’faran kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan tiamin).
Di antara khasiat za’faran adalah:
Membantu menyempurnakan proses penghadaman
Menguatkan ingatan
Merawat anemia
Mengawal tekanan darah dan kolestrol
Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
Melancarkan pengaliran darah
Merawat penyakit saraf
Mengurangkan keletihan
Mengurangkan sembelit, bisa-bisa sendi
Penenang diri
Perangsang tenaga batin

Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa.

Cara penggunaan yang disyorkan:
6 stigma(filament) za’faran untuk 500ml air. Boleh dicampurkan dengan apa juga jenis minuman. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan selamat diambil oleh ibu-ibu mengandung.

Untuk pesanan secara online sila layari www.asfshoppe.com