Friday, March 20, 2009

Premium Beautiful - CARA PENJAGAAN / JAMINAN


Panduan Mencuci
  1. Dilarang menggunakan mesin basuh, pakaian akan rosak dan menjejaskan fungsi F.I.R yang terdapat pada produk.
  2. Rendam pakaian ke dalam air, setelah syampu atau losyen larut sepenuhnya
  3. Cuci menggunakan tangan pada suhu air yang rendah iaitu sekitar 30 darjah Celsius
  4. Mencuci bahagian kotor atau bahagian berpeluh dengan menggosok atau mengurut perlahan-lahan dengan tangan
  5. Biasanya, bahagian pinggul lebih kotor gosok menggunakan tangan semasa mencuci untuk mengelakkan kerosakan

Panduan Menjemur
  1. Penjemuran dilakukan dengan menterbalikkan bahagian dalam ke luar dan betulkan bentuk serta ratakan kedutan-kedutan yang wujud
  2. Jemur sebaik sahaja selesai membasuh untuk mengelakkan kedutan
  3. Jemur di tempat udara mengalir
  4. Jangan jemur di bawah sinaran matahari atau udara panas (ini akan menjejas kualiti kain dan menyebabkan warna menjadi pudar)

Beberapa Larangan Penting!
  1. Dilarang menggunakan syampu atau losyen beralkali tinggi
  2. Dilarang menjemur pakaian dibawah sinaran cahaya matahari
  3. Dilarang menggunakan seterika
  4. Dilarang menggunakan mesin basuh
  5. Dilarang memerah pakaian untuk tujuan mengeringkan air

Jaminan Terhadap Produk

Kami akan membuat proses membaik pulih percuma sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada produk Premium Beautiful contohnya seperti fabrik koyak, cangkuk yang tercabut atau batang keluli penyelarasan patah