Monday, March 9, 2009

Faqeh Minda (Makanan kecerdasan minda)




FAQEH MAKANAN KECERDASAN MINDA

Akal merupakan satu anugerah Allah S.W.T yang terpenting kepada manusia. Dengan akal, Allah S.W.T mentaklifkan (pertanggungjawabkan) kepada kita tentang semua syariatNya. Memahami hakikat kepentingan akal inilah, maka syarikat Perniagaan Qurba berusaha membuat kajian ilmiah yang mendalam tentang makanan kecerdasan otak yang bersumberkan daripada Al-Quran, Sunnah Nabi SAW dan Pendapat Ulamak Perubatan Islam.

APAKAH RAHSIA-RAHSIA ULAMAK-ULAMAK TERDAHULU YANG
Mempunyai akal yang cerdas, kuat ingatan, kuat hafalan serta pintar?
Dapat menghafal Al-Quran , mengingati beribu-ribu hadis Nabi SAW?
Dapat menguasai perlbagai ilmu sejak kecil?
Dapat berijtihad, menyelesaikan masalah umat?
Dapat mengekalkan kesihatan akal serta tidak lupa dan nyanyuk disepanjang kehidupan mereka.

Semua pertanyaan di atas sudah ditemui rahsia makanan ulamak-ulamak terdahulu. FAQEH adalah makanan kecerdasan otak yang mana syarikat ini telah mengumpulkan TIGA BELAS (13) bahan dari tumbuh-tumbuhan pilihan dari luar negeri yang dikeringkan, tiada bahan kimia, ubat penahan dan pewarna. 13 bahan makanan ini adalah

A’sal (Madu lebah)
Karaps (Bijirin)
Za’faran (Stigma Bunga)
Su’dun (Akar Tumbuhan)
Qaranful (Bunga)
Lubban (Getah Pokok)
Zanjabil (Halia)
Khardal (Bijirin)
Na’na (Daun Pudina)
Habbatus Sauda’ (Bijirin)
A’das (Bijirin)
Zabib (Kismins)
Laban (Susu kambing tulen)

Tiga belas bahan makanan ini kami gabungkan bersama madu asli bermutu dari Negara Islam Iran. Madu diambil dari Negara Islam Iran kerana khasiatnya yang banyak disebabkan lebah disana menghisap madu dari pohon kurma, tin, zaitun, delima dan sebagainya yang mana kesemua buah-buahan ini disebut dalam Al-Quran dan kitab-kitab perubatan ISlam tentang khasiatnya yang sangat banyak

Disediakan dan diproses secara sainstifik di bawah kawalan kilang bertaraf GMP dalam bentuk BIJI (TABLET) supaya mudah dihisap atai dikunyah oleh semua peringkat umur dari kanak-kanak sehingga orang tua lanjut usia.


KHASIAT FAQEH ADALAH
Kanak-kanak membesar dengan pertumbuhan akal yang sempurna
Pelajar rendah sehingga ke universiti supaya dapat menerima pelajaran dengan baik, kreatif, aktif, berdaya saing maju kehadapan.
Orang dewasa hingga lanjut usia supaya dapat mengekalkan ingatan, tidak lupa, nyanyuk dan sebagainya.
Baik untuk masalah mental, sakit kepala, menenangkan fikiran, dan mengembalikan kesegaran berfikir.


KETERANGAN RINGKAS SETIAP TIGA BELAS (13) BAHAN DALAM FAQEH


Di sini, kami hanya terangkan dengan ringkas 13 bahan kecerdasan minda seperti mana yang disebut dalam Kitab-Kitab Perubatan Islam.

1. A’sal (Madu lebah)

Dalam Kitab Perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda sepertimana yang diterangkan nanti. Kebaikan madu terdapat dalam Al-Quran, surah Al-Nahl ayat 68-69

Maksudnya: “…..dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia.”

Dalam kitab al-has a’lahafzailmu oleh Abdul Rahman Al-Juziah (meninggal dunia 598H) menyatakan bahawa

“Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan.”

2. Karaps (Bijirin)

Dalam kitab Tibbun nabi, muka surat 47, Nabi SAW sendiri menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan sabda Baginda SAW:

Maksudnya: “Makanlah oleh kamu karaps, kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir a.s)”

Sabda Baginda SAW lagi tentang kebaikan karaps:

Maksudnya: “Hendaklah kamu mengambil karaps, jika sekiranya sesuatu dapat menambah akal, maka ianaya adalah karaps.”

3. Za’faran (Stigma bunga)

Stigma Bunga Za’faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai “King Of Spices”. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za’faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A’li, muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:

Maksudnya: “Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan ‘asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.”

4. Su’dun (Akar tumbuhan)

Kebaikan Su’dun untuk kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 3 di atas. Za’faran dan Su’dun dikehendaki makan bersama madu pada setiap hari.

5. Qaranful (Bunga)

Dalam kitab Tibbul Imamal Sodiq muka surat 381, Imam Ja’afar Al-Sodiq (r.a), lahir pada 80H, (guru kepada Imam Abu Hanifah r.a), pernah menerangkan masalah kecerdasan minda kepada muridnya Abi Basir iaitu:

Maksudnya: “Berkata Abi Basir, aku bertanya kepada Al-Sodiq (Imam Ja’afar Al-Sodiq). Bagaimana kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami? Lalu Imam Ja’afar Al-Sodiq berkata, Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) Qaranful, bagitu juga kundur zikri (lubban) serta ditumbuk halus keduanya, lalu diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari.”


6. Lubban (Getah pokok)

Lubban disebut juga sebagai kundur zikri seperti dalam kenyataan Imam Ja’far r.h pada kenyataan bahan nombor 5 di atas. Lubban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya dalam kitab Tibbun nabi , muka surat 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas r.d, Anas r.a dan Sayidina Ali k.w:

Maksudnya: “Diriwayatkan dari Sayidina Ali k.w bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Sayidina Ali k.w menyuruh ia menggunakan lubban, kerana lubban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan.”

7. Zanjabil (Ubi Tumbuhan/ halia)

Zanjabil terdapat dalam Al-Quran, iaitu surah Al-Ihsan ayat 18:

Maksudnya: ”……mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman campurannya zanjabil.”

Dalam kitan Tibbul … muka surat 388 dan kitab Tibbul Imama Ar-Ridho muka surat 121, menyebutkan riwayat ulamak yang terkenal iaitu Imam Al-Ridho r.h (141-203H) menyatakan bahawa:

Maksudnya: “ Sesiapa yang ingin mengatasi masalah lupa dan menguatkan ingatan maka hendaklah dia makan tiga potong zanjabil yang dicampur dengan madu dan juga khardal (Sejenis bijirin) bersama dengan makanan pada setiap hari.”

8. Khardal (Bijirin)

Secara ringkas, kebaikan khardal dan kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 7 di atas pada kenyataan Imam Al-Ridho r.h (141-203H), menyuruh kita memakaan khardal dan zanjabil bersama madu pada setiap hari.

9. Na’na (Daun pudina)

Dr. Riyad Muhammad , salah seoarang ulamak perubatan Islam moden dari Mesir dalam kitabnya Dalil al mua’lijinn bil quran nul karim muka surat 298, menyuruh kita memasukkan daun na’na dan habbatus sauda’ ke dalam madu untuk kecemerlangan minda, beliau menyatakan:

Maksudnya: ” Digoreng (dikeringkan) na’na serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu, selepas itu dimasukkan tujuh titik minyak habbatus sauda’ diminum suam-suam serta di baca ayat Al-Ruqayyah sebanyak 7 kali , ayat Syifa’ serta Surah Yassin.”’

10. Habbatus sauda’ (Bijirin)

Kegunaan habbatus sauda’ bersama madu untuk kecerdasan minda seperti kenyataan bahan nombor 9 di atas. Dalil atau nas kebaikan habbatus sauda’ terlalu banyak diantaranya sabda Rasullullah SAW dalam hadis sohih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda SAW menyatakan:

Maksudnya: “Daripada hadis Abi Salamah r.d bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “hendaklah kamu mengambil habbatus sauda’ ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit, melainkan mati”

11. A’das (Bijirin) –keluarga kacang parpu

A’das adalah makanan yang disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 61. A’das dapat menguatkan ingatan seperti mana dalam kitab Tibbul … muka surat 389 menyebutkan:

Maksudnya: “Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang menguatkan ingatan ialah memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal), makan yang manis-manis (seperti madu), makan a’das, makan roti dan membaca ayat Al-Kursi.”

12. Zabib (Kismis)

Dalam kitab Tibbun nabawi oleh Ibnu Qayyim Al-Juzi, muka surat 241 menyebutkan bahawa:

Maksudnya: “ Imam Al-Zuhri berkata: sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah makan zabib (kismis)”.

13. Laban (Susu kambing tulen)

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran tentang kebaikan Laban dalam dua surah iaitu surah Al-Nahl ayat 66 dan Surah Muhammad ayat 15. Dalam Surah Al-Nahl ayat 66:

Maksudnya: “ Sesungguhnya pada binatang-binatang ternakan itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan ikhtibar, kami beri minuman kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perut, yang lahir di antara hampas makanan dengan darah iaitu susu yang bersih, mudah diminum lagi sedap rasanya.”

Keterangan: Kami campurkan susu kambing dalam tablet ini kerana khasiatnya yang sangat banyak sepeti mana yang disebut dalam kitab-kitab perubatan Islam dan Moden.


Empat nasihat Imam Shafie r.h untuk menambahkan kecersaan akal:
Meningggalkan cakap-cakap kosong
Menggunakan siwak (kayu sugi)
Duduk bersama majlis orang-orang soleh
Duduk bersama majlis ulamak


Untuk pesanan secara online sila layari www.asfshoppe.com